Friday, August 28, 2009

CARA MENGENALI JENIS GRAF

Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN
1) JELAS*mudah tentukan media*pelajar tidak perlu memikirkan jenis media*memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat

Contoh soalan 1 :
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

Contoh Soalan 2:
Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan

3 comments:

  1. macam mana contoh bagi graf imbangan pembayaran dan kata kuncinya.

    ReplyDelete
  2. mohon memberikan lebih banyak lagi contoh untuk graf seterusnya :(

    ReplyDelete
  3. cam mana nak mengenalpasti jenis graf melalui soalan yang indirect questions?

    ReplyDelete