PERSEMBAHAN GRAFIK

Bahagian ini merupakan bahagian persembahan grafik @ mengalih bentuk teks linear kepada bukan linear. Bentuk teks linear berkaitan deskriptif, naratif, informatif, penghujahan dan penilaian. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah memahami isi kandungan yang tersurat dan tersirat, mengemukakan idea secara logik dan sistematik, menganalisis fakta dan data yang diberi, membuat penghitungan dan membuat taakulan.

Friday, August 28, 2009

CARA MENULIS TAJUK GRAF DENGAN TEPAT

Ada di antara kamu masih keliru bagaimana hendak menulis tajuk graf dengan tepat. Baiklah, saya akan paparkan beberapa contoh penulisan tajuk yang betul. INGAT..TAJUK YANG SALAH---HILANG 6 M... JADI SALIN TAJUK DARI SOALAN DENGAN BETUL Panduan umum : Tajuk di tulis dengan title sentence- maksudnya---huruf besar perkataan pertama kecuali kata hubung dan kata sendi

CONTOH:

1. Perbezaan Peruntukan Perbelanjaan Sektor Ekonomi Kerajaan Peruntukkan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh.
2. Permodalan Pasaran Syarikat-syarikat yang Dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.
3. Bilangan Pengguna Air Mengikut Negeri pada Tahun-tahun 1990,1993, dan 1995 antara Bandar dengan Luar Bandar di Malaysia.
4. Perubahan Bilangan Kes Kebakaran Mengikut Punca dari Tahun 1996 hingga Tahun 2002.
5. Peratusan Perubahan Kekosongan Jawatan Baru di Malaysia bagi Tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.

Saya telah highlight semua perkataan yang harus ditulis dengan huruf kecil dalam warna biru. Jika ada lagi perkataan yang memerlukan penerangan/penjelasan, sila pos supaya saya dapat memberi bimbingan.

Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk, hanya tolak markah teknik (1m),sahaja. Tetapi jika ada kesalahan dalam tajuk,iaitu dari segi perkara, tempoh atau tempat...barulah markah maksimum yang ditentukan ialah 6m.Buat masa ini tiada peraturan dari MPM tentang title sentence...harap-harap tajuk CAPS LOCK ( semua huruf besar) boleh diterima

3 comments:

  1. cikgu dalam cartai pai perbandingan bagi JUMLAH BESAR saya hanya TULIS RM340789. saya tidak menulis JUTA di belakang! Berapa markah yang akan dipotong?

    ReplyDelete
  2. Salam .. cgu kalau tajuk tu tulis dengan semua huruf besar boleh tak ?

    ReplyDelete