Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut kehendak soalan
PANDUAN MENENTUKAN MEDIA
1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara
2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah
Tips pemilihan media:
GRAF GARIS SAMA SAHAJA
graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk
GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN
kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar, graf bar komponen - kumulatif @ jumlah
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perkataan 'kuantiti' bukan nak lukis graf bar komponen?
ReplyDeletemacam mana dengan perkataan 'amaun'?
kuantiti=graf kompoun.
ReplyDeleteJumlah/nilai keseluruhan/amaun/kompenen=graf komponen.
bagaimana nak ketahui graf garis atau bar untuk perkataan tertentu dalam gar bar gabungan?
ReplyDeletegraf garis = mempunyai petunjuk perkataan
ReplyDelete*graf garis yang sesuai
*perubahan
*nilai turun naik
manakala graf bar
*kuantiti
*bilangan
graf gabungan
*mempunyai dua kata kunci contohnya
-sediakan graf bar dan garis yang sesuai untuk memaparkan jumlah nilai perdagangan saham dan indeks komposit .............
-sediakan graf bar yg sesuai untuk menunjukkan jumlah isi rumah dan jumlah isi rumah miskin mengikut kumpulan pekerjaan pada tahun 2002.
mcm mne plak nk tentukan crta pai!!?
ReplyDeletecarta pai akan d beritahu dlm soalan.
ReplyDeleteSoalan No.7 Trial Negeri Sembilan 2011:
ReplyDeleteLukiskan graf yang sesuai menunjukkan perbandingan bilangan doktor Negra P antara sektor awam dan swasta dalam tempoh yang dinyatakan.
Garf ini Bar piramid kompaun atau Bar piramid komponen?
Adakah perkataan “perbandingan”,"perbezaan" dan “membandingkan” untuk graf komponen?
terima kasih cikgu...mklmt ni sgt membantu sya sbgi calon persendirian..
ReplyDelete