PERSEMBAHAN GRAFIK

Bahagian ini merupakan bahagian persembahan grafik @ mengalih bentuk teks linear kepada bukan linear. Bentuk teks linear berkaitan deskriptif, naratif, informatif, penghujahan dan penilaian. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah memahami isi kandungan yang tersurat dan tersirat, mengemukakan idea secara logik dan sistematik, menganalisis fakta dan data yang diberi, membuat penghitungan dan membuat taakulan.

Friday, August 28, 2009

PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN

Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut kehendak soalan

PANDUAN MENENTUKAN MEDIA

1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA
graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN
kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar, graf bar komponen - kumulatif @ jumlah

8 comments:

  1. perkataan 'kuantiti' bukan nak lukis graf bar komponen?
    macam mana dengan perkataan 'amaun'?

    ReplyDelete
  2. kuantiti=graf kompoun.
    Jumlah/nilai keseluruhan/amaun/kompenen=graf komponen.

    ReplyDelete
  3. bagaimana nak ketahui graf garis atau bar untuk perkataan tertentu dalam gar bar gabungan?

    ReplyDelete
  4. graf garis = mempunyai petunjuk perkataan
    *graf garis yang sesuai
    *perubahan
    *nilai turun naik
    manakala graf bar
    *kuantiti
    *bilangan
    graf gabungan
    *mempunyai dua kata kunci contohnya
    -sediakan graf bar dan garis yang sesuai untuk memaparkan jumlah nilai perdagangan saham dan indeks komposit .............
    -sediakan graf bar yg sesuai untuk menunjukkan jumlah isi rumah dan jumlah isi rumah miskin mengikut kumpulan pekerjaan pada tahun 2002.

    ReplyDelete
  5. mcm mne plak nk tentukan crta pai!!?

    ReplyDelete
  6. carta pai akan d beritahu dlm soalan.

    ReplyDelete
  7. Soalan No.7 Trial Negeri Sembilan 2011:
    Lukiskan graf yang sesuai menunjukkan perbandingan bilangan doktor Negra P antara sektor awam dan swasta dalam tempoh yang dinyatakan.
    Garf ini Bar piramid kompaun atau Bar piramid komponen?

    Adakah perkataan “perbandingan”,"perbezaan" dan “membandingkan” untuk graf komponen?

    ReplyDelete
  8. terima kasih cikgu...mklmt ni sgt membantu sya sbgi calon persendirian..

    ReplyDelete