PERSEMBAHAN GRAFIK

Bahagian ini merupakan bahagian persembahan grafik @ mengalih bentuk teks linear kepada bukan linear. Bentuk teks linear berkaitan deskriptif, naratif, informatif, penghujahan dan penilaian. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah memahami isi kandungan yang tersurat dan tersirat, mengemukakan idea secara logik dan sistematik, menganalisis fakta dan data yang diberi, membuat penghitungan dan membuat taakulan.

Thursday, August 13, 2009

GRAF BAR

Hari Jumaat 14 Ogos 2009, anda akan pelajari Graf Bar. Graf bar digunakan untuk menunjukkan data statistik dengan lebih jelas dan mudah. Graf bar sesuai digunakan untuk membuat perbandingan atau melihat perubahan sesuatu pembolehubah dalam sesuatu tempoh masa dengan jelas.

Kuliah yang akan cikgu beri berkaitan dengan Graf Bar dan terdapat 4 jenis graf bar yang perlu anda kuasai. iaitu:
a) Graf bar kompaun / histogram
b) Graf bar komponen
c) Graf bar memesong / cermin
d) Graf bar piramid


3 comments:

  1. bahan seperti kartun tu lebih mnyenangkan ,

    ReplyDelete
  2. jika salah tulis paksi X , berapa markah akan ditolak ?

    ReplyDelete
  3. apa perbezaan graf bar cermin dgn graf bar piramid? sy keliru la ckgu...

    ReplyDelete