PERSEMBAHAN GRAFIK

Bahagian ini merupakan bahagian persembahan grafik @ mengalih bentuk teks linear kepada bukan linear. Bentuk teks linear berkaitan deskriptif, naratif, informatif, penghujahan dan penilaian. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah memahami isi kandungan yang tersurat dan tersirat, mengemukakan idea secara logik dan sistematik, menganalisis fakta dan data yang diberi, membuat penghitungan dan membuat taakulan.

Friday, August 28, 2009

GRAF GARIS KOMPAUN DAN KOMPONEN

Tahukah anda, graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun, iaitu untuk memaparkan maklumat bilangan untuk beberapa tahun. Banyak garis berwarna dilukis untuk mewakili sektor-sektor yang terdapat dalam soalan ( bilangan)

Padahal, graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk menunjukkan jumlah, graf garis ini unik
(a) dua paksi y
(b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y disebelah kanan.
(c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut
(d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah maksimum dicapai

Sekiranya ada persoalan boleh kemukakan disini

3 comments:

  1. Salam...
    1. mcmana nak explain dgn pelajar cara bezakan graf garis kompaun dan graf garis komponen?
    2. Jika soalan menyatakan "sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan peratusan jenis pekerjaan di Malaysia dari tahun 1995 hingga 1999".. Adakah ia graf garis kompoun atau komponen?

    ReplyDelete
  2. cikgu..apa beza graf garis kompaun dan graf garis komponen???
    mcmna nak kenal pasti graf garis tersebut masing2x???

    ReplyDelete
  3. Cikgu,saya pelajar tingkatan 6 atas pada tahun ini (2013) saya masih tidak faham perbezaannya.boleh terangkan dengan lebih lanjut kerana pada minggu ini saya akan menghadapi peperiksaan percubaan.Saya takut jika saya tersalah buat graf nanti.

    ReplyDelete